Catatan

Disiplin & kebersihan.

Imej
Sungguh indah & cantik pembelajaran disekolah rendah lagi.Masuk ke kelas tanpa berkasut,kasut bersusun ditempat disediakan. Jika semua sekolah praktikal idea ini,mengajar cara menjaga kebersihan dari awal...Semoga tak lupa selamanya.

Peniaga kecil-kecilan nasi budget.

Imej
Suasana ekonomi tak menentu,ramai berusaha mengubah taraf hidup dengan menjual nasi budget.Merata gerai nasi budget yang mampu dibeli pengguna dengan harga bermula RM3.50 sebungkus.     Wujud sebuah persaingan sihat disini demi sesuap nasi & menarik selera pembeli.Dengan ini pengguna pula punya pilihan yang mana memenuhi selera.Walaupun harganya sama,belum tentu dapat menambat hati pembeli.Dan berapa lama peniaga dapat bertahan dalam perniagaan.Ada juga menjual bersama sebungkus air percuma.    Pokok pangkalnya rasa masakan itu sendiri mencuri hati pembeli.Walaupun ada peniaga punya kelebihan dengan nasi yang lebih sedikit dari peniaga lain,jika rasa tak memenuhi selera...pembeli akan beralih angin ke kedai lain.     Sebab itu pemerhatian saya area Chukai,Kemaman Terengganu makin kurang yang jual nasi budget.Jika nak bertahan,jangan terlalu berkira dan rasanya biar berkekalan.Satu lagi,niat ikhlas berniaga semoga diberkati.

Kawan kemalangan.

Imej
Kemalangan berlaku semasa kembali menyambung kerja selepas rehat tengahari pada 2 Oktober 2018 lebih kurang jam 2 petang.Tempat kejadian ialah jalan ke Pelabuhan Kemaman (KSB. Rim hadapan yang patah,disyaki ini ada punca terbabas. Bahagian belakang. Kawan saya,hanya menerima rawatan pesakit luar.Setelah penelitian x-ray,hanya hentakan dibahagian dada dan tiada patah atau pendarahan dalaman. *berhati-hati diperjalanan.

Lompang @ kosu....sedia untuk tempahan.

Imej